Feed on
Posts
Comments

Nur Izz Zayani

Bagi yang belum melihat anak aku, ini lah gambar-gambarnya…

Beberapa minit selepas dilahirkan dan selepas dimandikan, nurse bawak keluar tunjuk kat aku. Dan aku pun apa lagi, suruh mak angkat letak kat tangan aku,.. hehe, aku tak reti nak angkat sendiri. Lepas tu aku azan dan qamatkan kat telinga dia..

BeberapaMinitDilahirkan

Aku pun terkejut sebab dapat baby girl. Masa scan hari tu, tanpa ditanya doktor cakap baby boy. Lepas tu pegi scan sekali lagi, pun doktor cakap baby boy. Sampaikan semua barang-barang baby aku cari kaler-kaler yang maskulin gitu… hehe. Sekali dapat baby girl.. kesian dia kena pakai baju yang kaler-kaler tak menawan..

Beberapa jam kemudian, baby girl yang comel ni dah dibenarkan masuk ke wad bersama ibunya..

BeberapaJamDilahirkan

Nak bagi nama pun kena balik rumah dulu… dah janji, kalo pompuan ibu dia yang akan bagi nama…

BeberapaJamDilahirkan-2

Hari kedua dia dah macam besar dan bertambah tembam. Sekali tengok, pipi dia macam Sinchan pun ada.. tapi tak per.. Sinchan comel apa.. Hari ni baby girl ni dah boleh bawak balik rumah..

HariKedua

Baby girl ni dah dapat nama..

HariKedua-2

Hari ketiga, baby girl ni dah menunjukkan ciri-ciri seorang yang comel.. Tapi tanda-tanda kuning dah ada..

HariKetiga

Hari keempat, tanda kuning tu sudah jelas kelihatan..

HariKeempat

Ini gambar Nur Izz Zayani dengan abah dia yang hensem.. mana lagi tumpahnya kuah kan.. ni dia ikut abah dia la ni..hehhe..

HariKeempat-2

Baru tadi bawak dia pegi check kuning kat hospital. Tinggi jugak kuning dia, dalam 208 gitu. Nanti hari deepavali kena bawak gi hospital lagi…

RSS feed | Trackback URI

Comments »

No comments yet.

Name (required)
E-mail (required - never shown publicly)
URI
Your Comment (smaller size | larger size)
You may use <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong> in your comment.