Akikah Izz Kat Kampung Hari Tu…
Jan 14th, 2008 by abah
Pengertian akikah ialah sembelihan binatang an’am yang dilakukan kerana menyambut kanak-kanak yang baru dilahirkan sebagai tanda kesyukuran kepada Allah.
Hukum akikah ialah sunat muakad bagi orang yang menanggung sara hidup kanak-kanak tersebut. Jika anak itu lelaki disunatkan menyembelih dua ekor kambing, manakala jika anak itu perempuan disunatkan menyembelih seekor kambing. Binatang seperti lembu, kerbau atau unta boleh dibahagikan kepada tujuh bahagian.

Ini adalah gambar lembu yang bakal menjadi korban dan akikah bagi Izz. Lembu ni telah dibahagikan kepada tujuh bahagian. Satu bahagian untuk akikah Izz, dua bahagian untuk akikah Muhammad Irham, dan empat bahagian lagi untuk korban.

Ayah Pa Izz dah merebahkan lembu yang bakal disembelih.

Lembu sedang disembelih. bagi yang berani macam Ayah Pa, Ayah Ki dan Chek Izz, diorang duduk dekat-dekat dan tolong pegang lembu. bagi yang kurang berani, tengok dari kejauhan jer… tajam sungguh pisau Pak Jah yang jadi tukang sembelih tu…

Tugasan melapah diserahkan kepada yang pakar. Yang kurang pakar jadi tukang ambil gambar jer laa…

Kemudian daging dibahagikan kepada tujuh bahagian…

Byee…
No comments yet.