Feed on
Posts
Comments

Izz Sudah Lebih Sebulan

Inilah saat-saat Izz dibotakkan…


Izz bergaya buat kali terakhir dengan rambut yang menemani dia selama beberapa bulan dalam kandungan. Akhirnya rambut itu akan dicukur memberi laluan kepada rambut lain yang lebih cantik tumbuh menghiasi kepala Izz…


Lagi pun rambut Izz tu tak sama panjang.. nanti tengoklah lepas botak nanti.. kalo rambut lain tumbuh, mesti lagi lawa.. mintak-mintaklah tak makan bantal..


Tok dan Mak We sedang membotakkan Izz dan ibunya sedang sibuk ambil gambar ni.. Mak We adalah seorang bidan dan tukang urut.. nama glamor Mak We adalah “awek”.. hehe -P


Izz dalam proses membotakkan diri…


Izz sudah botak..


Nampaknya Izz kurang berpuas hati dengan gaya rambut ala-ala Mawi.. may be dia tahu abah dia memang tak suka Mawi kot..


Jadi tanpa berlengah Izz lumurkan bedak sejuk atas kepala dia.. bedak sejuk ni Izz gunakan untuk hilangkan ruam-ruam panas yang ada kat muka dan kepala Izz..


Ok.. itu saja lah gambar-gambar Izz buat kali ini.. ddaaaaahh..

  • Izz sekarang sudah 25 hari.

    Budak comel ni dah mula tak nak tidur. Kalo dia tidur seharian waktu siang, maka malamnya dia mula tak nak tidur dan mula tak senang duduk. Dia dah mula nak minta ibu atau abah dia dukung, barulah dia senyap.

    Mata dia dah mula nampak sikit-sikit.



Izz Sudah 21 Hari

Izz sudah berusia 21 hari pada hari ini.

Inilah gambar terbaru Izz. Berat Izz sekarang dah 3.4 kg.

izz 18 hari
Tidur jer kerja dia. Minum susu, tidur, minum susu, tidur…

izz 18 hari
Izz tak nak hisap tetek ibu dia. Jadi terpaksa perah susu ibu dia masuk dalam botol.. Apalah, tak reti isap tetek.. Buat malu jer.. -)

Alhamdulillah, syukur kuning budak comel ni dah kurang sepenuhnya. Last sekali pegi check kat hospital semalam, kuning dia dah drop sampai 78. Maknanya normallah bagi budak-budak baru lahir.

Berat budak comel ni pun dah bertambah setengah kilo. Masa lahir hari tu berat budak comel ni hanya 2.82 kg. Sekarang berat dia dah 3.2 kg, kira cincai dah naik setengah kilo laa…

Yang berubahnya, dia dah semakin aktif sekarang ni. Kalo dulu masa kena kuning dia asyik tidur jer.. biasalah, kata nurse tu, budak-budak yang kena kuning memang kerja tidur jer. So, sebab nak bagi kuning tu kurang, kena bagi budak comel ni hisap susu ibu dia 2 jam sekali, sebanyak 60ml, botol kecik. Aku pun manalah tau, maka setiap dua jam lah aku dok kejut dia tido bangun minum susu. Rupa-rupanya, siang jer kena bagi dia minum susu setiap dua jam, tak yahlah tengah-tengah malam pun kejut..

Sekarang ni dah tak payah kejut. Kalo dia lapar dia bangun sendiri. Dia mulalah gelisah dan mula merengek. Kalo lambat bagi susu, mula la dia menangis…

Ada dua tiga sebab jugak kenapa dia menangis.

  1. Lapar, nak minum susu, dia menangis.
  2. Kalo dia kencing pun, dia dah tak selesa. Kalo lambat tukar pampers, dia menangis.
  3. Kalo dia buang air besar, dia menangis suruh tukar pampers.
  4. Kalo dia sakit perut pun, dia menangis.

Yang paling terasanya, pampers memang banyak habis masa awal-awal ni. Dalam masa 12 hari ni, dah 128 keping pampers telah digunakan.. sakit jugak tu, ni baru sorang anak… Bukannya abah dia kedekut, tapi terkejut jer sebab sebelum ni tak tahu plak baby ni banyak kena banyak pakai pampers… Nasib baiklah susu dia ibu dia yang produce sendiri.. -)

Apa-apa pun, tak kisah.. asalkan baby girl ni sihat walafiat…

Nur Izz Zayani

Bagi yang belum melihat anak aku, ini lah gambar-gambarnya…

Beberapa minit selepas dilahirkan dan selepas dimandikan, nurse bawak keluar tunjuk kat aku. Dan aku pun apa lagi, suruh mak angkat letak kat tangan aku,.. hehe, aku tak reti nak angkat sendiri. Lepas tu aku azan dan qamatkan kat telinga dia..

BeberapaMinitDilahirkan

Aku pun terkejut sebab dapat baby girl. Masa scan hari tu, tanpa ditanya doktor cakap baby boy. Lepas tu pegi scan sekali lagi, pun doktor cakap baby boy. Sampaikan semua barang-barang baby aku cari kaler-kaler yang maskulin gitu… hehe. Sekali dapat baby girl.. kesian dia kena pakai baju yang kaler-kaler tak menawan..

Beberapa jam kemudian, baby girl yang comel ni dah dibenarkan masuk ke wad bersama ibunya..

BeberapaJamDilahirkan

Nak bagi nama pun kena balik rumah dulu… dah janji, kalo pompuan ibu dia yang akan bagi nama…

BeberapaJamDilahirkan-2

Hari kedua dia dah macam besar dan bertambah tembam. Sekali tengok, pipi dia macam Sinchan pun ada.. tapi tak per.. Sinchan comel apa.. Hari ni baby girl ni dah boleh bawak balik rumah..

HariKedua

Baby girl ni dah dapat nama..

HariKedua-2

Hari ketiga, baby girl ni dah menunjukkan ciri-ciri seorang yang comel.. Tapi tanda-tanda kuning dah ada..

HariKetiga

Hari keempat, tanda kuning tu sudah jelas kelihatan..

HariKeempat

Ini gambar Nur Izz Zayani dengan abah dia yang hensem.. mana lagi tumpahnya kuah kan.. ni dia ikut abah dia la ni..hehhe..

HariKeempat-2

Baru tadi bawak dia pegi check kuning kat hospital. Tinggi jugak kuning dia, dalam 208 gitu. Nanti hari deepavali kena bawak gi hospital lagi…

« Newer Posts - Older Posts »